Meh Jengah Meh

Sahabat ^__*

Santai Iklan

Friday 15 June 2012

Surah Al-Kahfi Amalan Rasulullah pada Jumaat


Assalammualaikum Salam Sejahtera

Salam bicara buat sahabat handai
bicara mengenai amalan kita pada hari JUMAAT yang dimuliakan
ramai antara kita sejak kecil lagi di ajar dan dibudayakan dengan amalan membaca Surah Yassin di hari Jumaat. Malah ia sudah sebati dalam masyarakat Islam kita sehingga mengatakan ia perkara yang wajib dilakukan setiap Jumaat

Namun demikian tahukah kalian sebenarnya Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan kita membaca Surah Al-Kahfi dari membaca SurahYassin.Namun tidaklah salah walau sedikit pun membaca Surah Yassin itu. Cuma pemikiran dan budaya kita lebih mementingkan Surah Yassin berbanding Surah Al- Kahfi.

ini dapat dikuatkan lagi dengan hadis -hadis nabi yang mengutamakan Surah Al-Kahfi pada setiap Jumaat. Surah al-Kahfi (surah gua) mempunyai kebaikan kepada umat Islam dengan melindungi sesiapa yang mengamalkannya dari fitnah Dajjal



Antara hadis Nabi berkaitan surah al-Kahfi :

Sabda Rasulullah SAW. Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya diantaranya dan Baitullah ( Riwayat Al-Baihaqi dari Abi Said al-Khudri)

Imam Ahmad berkata, dari Abi Darda', daripada Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa menghafaz sepuluh ayat pemulaan Surah al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal" (Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At- Tirmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata daripada Abi Darba', daripada Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia dripada fitnah Dajjal' (riwayat Muslim dan An-Nasai)

Daripada Muaz Ibnu Anas al-Juhari, daripada bapanya, daripada Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa membaca dari Surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahya antara langit dan bumi" (Riwayat Ahmad)

Daripada Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (riwayat Ibny Katsir)

Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang ; dan 70,000 Malaikat memohon rahmat kepada Allah SWT hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah SWT dari terkena wabak penyakit demam panas atau taun, penyakit sopak dan dijauhkan dari fitnah Dajjal." 


Ini hanyalah perkongsian ilmu dan dapatlah kita mengamalkannya. mudah2an kita memperoleh nikmat dan keberkatan dalam hidup dan menggunakan peluang yang diberikan dihadapan mata. Yang memisahkan hanyalah iman, amal dan takwa..


SEKIAN




terima kasih sudi jengah membaca,,,,
jumpa lagi yer







1 comment:

Unknown said...

thanks pesanan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...