Meh Jengah Meh

Sahabat ^__*

Santai Iklan

Friday 8 May 2015

Jumaat Sayyidul Ayyam

Jumaat yang penuh barakah
Awan berarak
langit putih tidak menampak biru
cuaca agak sejuk
walau ungas tidak kelihatan
kicauan burung berdecip
pokok pula kaku tak pula ditolak angin

tangan menaip seirama yang terlintas difikiran
mengingatkan bakal zaujah
beliau sedang berjuang menghabiskan sisa pengajian
aku pula terkail-kail mencari rezeki

bebanan pemerintah yang mencengkam
tiada apa yang dapat dilakukan
hanya menelan segala asakan demi asakan
selagi boleh meloloskan kesukaran

aku tidak dapat mengagak esok hari
apakah masa depan ku
masih samar
aku disini mengukir hala tujuan

40 hari sisa yang tinggal
Ramadhan bakal tiba
saat aku rindu bulan kedamaian
bulan rahmat
bulan yang sentiasa menyentuh jiwa dengan pencipta

cukup disini bisikan hati
tengahari semakin meninggi
azan zohor bakal berkumandang
mahu hayati khutbah penuh energy..

salam jumaat..
al kahfi pelindung diri..


Tuesday 28 April 2015

... loloskan diri

saat aku rindu bumi Haramain
ada pula tangan-tangan kotor yang menghakis jiwa
semakin ditentang semakin berpuaka
akhirnya aku pergi membawa diri

dari jiwa kamu yang munafik
dihadapan penuh kepura-puraan
pergilah jauh dalam hidup ini
dari tangan-tangan kotor yang membinasakan

hilanglah percaya aku
saat kamu berdiri
membawa kata-kata nista
tak ubah seperti manusia iblis
bertopengkan muka kamu yang tawar
membisikkan kata dan nafsu

alhamdulillah setidak-tidaknya aku meloloskan diri
dari perbuatan keji dan mungkar
bertaubatlah bertaubatlah bertaubatlah
malulah kamu pada Pencipta

manusia punyai hati
andai hati itu kotor maka seluruh jiwanya kotor
andai hati itu bersih maka seluruh jiwanya bersih
bersihkanlah hati dari tangan-tangan kotor

terima kasih buat manusia yang ku kenali dulu sebagai sahabat..



..monolog jiwa

aku punya sahabat
dia telah pergi jauh
aku bimbang dia tak jumpa jalan pulang
dan aku berharap dia ketemu jalan pulang itu

tunjukilah kami jalan yang lurus
...
amin

Monday 13 April 2015

30 tahun

30 tahun berlalu
aku disini
mungkin berbaki 33 tahun lagi

Allah panjangkan usiaku andai itu dapat menambah pahalaku
cukupkanlah umurku supaya amalku dapat ku kecapi rahmatMu nanti

Amin

Friday 29 June 2012

MINGGU DEMAM EXAM

Assalammualaikum Salam Sejahtera

akibat kekangan waktu, lame aku tinggal dunia berblog
maaf atas keuzuran
kerja yang menimbun, writing thesis, tugas khas,
jalan2 cari makan di malaysia...
buatkan aku renggang dengan blog sementara waktu



nah....
tadi aku ditugaskan untuk mengawasi peperiksaan akhir semester
sessi march -ogos 2012 bagi pelajar2 degree
bila aku susun kertas jawapan dan soalan
aku sedikit merindui zaman degree aku dahulu

ape kata kite tgk gamba yang sempat aku snap sebelum peperiksaan berlangsung



tu die jam besar.... tak nampak xtau la


banyak nyer meja n krusi

kertas soklan dan jawaban dah tersedia...
selamat berjaya.. :)



*penat jadi peneman 25 org budak laki pergi toilet secara non stop
dah macam g toilet berganti2... lenguh kaki 



Wednesday 20 June 2012

Indahnya Masjid Negeri Shah Alam -Luaran

Assalammualaikum.

Tertarik dan terpesona dengan kecantikan Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam
Aku sempat bergambar dihadapannya
Turut dikenali sebagai Masjid Negeri Selangor @ Masjid Biru

Pernah menjadi masjid terbesar di Asia Tenggara
Dibina dengan keluasan tanah sehingga 14.6 hektar
Dibina pada 1 Okt 1983 dan dirasmikan pada 3 Mac 1988 oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
boleh memuatkan sehingga 24000 jemaah pada satu2 masa
Dibina bercirikan seni bina Islam Asia, Barat,India dan Melayu Asli
Ia melibatkan kos sebanyak 18 juta dan dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun
Begitulah keunikan Masjid Negeri Shah Alam yang menjadi mercu tanda agama Islam







 





Monday 18 June 2012

SENI KHAt dan KUFI YANG OWHSOMMMMMM...

Assalammualaikum Salam Sejahtera



Seni ukiran Islam seindah nama
Nama di ukir penuh pesona
cantik sungguh ciptaannya
seni khat gah pada nama


Bertempat di Masjid Shah Alam
Sempena Program Cinta Masjid
ramai yang mengambil peluang membuka gerai2
mangambil peluang menambah rezeki

aku tertarik dengan seni khat
cantik sangat2
ade yang menulis menggunakan tangan
ade juga khat moden bernama KUFI



jom tgk gambar2 seni tersebut




SENI KUFI
seni yang sngat unik dan moden













SENI KHAT TANGAN... 
org ramai beratur menempah nama ditulis khat










cantik kan...
sungguh berseni skali

untuk mengetahui lebih lanjut korang boleh latgk sini


Sunday 17 June 2012

BERSAMA JEJAKA PALING HENSEM

Assalammualaikum...

Berkenaan cinta Cinta Masjid
Semalam aku jalan2 ngan member2 (ahad)
sampai la singgah di Masjid Negeri Shah Alam

kat sane ade program yang bersifat Islamik yang dianjurkan oleh
TV Al-Hijrah Astro Channel 114

ape yang menarik tetamu KHAS yang hadir adalah seorang Jejaka 
Seorang yang kini dikenali ramai anak2 muda mahu pun tua

jom kite jengah siapa lelaki tersebut yang dimaksudkan

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~






Saksikan







Kenal tak sape tu



Opcoz la

USTAZ DON DANIAL
beliau datang semalam untuk beramah mesra dengan orang ramai
dekat di hati dan mesra dengan tetamu yang hadir
namun beliau tidak dapat berada lama kerana mempunyai urusan rasmi yang lain
dengar cerita beliau berada di Masjid Shah Alam untuk menyampaikan tazkirah
30 minit bersama Ustaz Don Danial yang berlansung pada Sabtu
rancangan yang dibawakan khas dari Astro
Channel 114 Al-Hijrah

CINTA MASJID

ASSALAMMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA


 nantikan kemunculan gambar2 menarik CINTA MASJID



LOKASI : MASJID NEGERI SHAH ALAM
TETAMU UNDANGAN : Jejaka Tampan







Friday 15 June 2012

POKOK MELILIT DENGAN BERTAWAF

Assalammualaikum Salam Sejahtera

topik yang nak dibincangkan hari ni mengenai TAWAF
pernah tak kalian tengok akan pokok yang tumbuh melilit
tengok pokok sayur macam timun, labu, petola
semua pokok2 spesies ini tumbuh melilit

Namun dapatlah dilihat bahawa pokok yang melilit ini sedang BERTAWAF
mengeliling atau memintal sesuatu untuk memanjat secara BERTAWAF
Maksud BERTAWAF disini adalah melilit mengikut arah lawan jam

seperti ada nyawa dan akal bagi pokok2 ini BERTAWAF
hebatnya BERTAWAF sehingga pokok pun terikut sama
begitulah kelebihan BERTAWAF
untuk pengetahuan sahabat
BERTAWAF di Masjidil Haram adalah lebih tinggi darjatnya dari Solat Sunat dan membaca Quran disana..

pernahkah kita terfikir akan penciptaan Allah yang begitu tinggi darjatnya
adakah kita hanya melihat tanpa berfikir
adakah kita hanya mendiamkan diri tanpa mengambil pengajaran dan kebaikan dengan mensyukuri nikmat Allah
atau kita hanya berfikir ia hanyalah suatu kebetulan

Percayalah..
sesuatu penciptaan Allah itu ada nilai dan hikmahnya
beruntunglah bagi orang2 yang berfikir, mengkaji, menilai dan beriman
sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang






 antara tawaf di Masjidil Haram dan tawaf lilitan pokok



terima kasih sudi jengah membaca,,,,
jumpa lagi yer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...