Meh Jengah Meh

Sahabat ^__*

Santai Iklan

Friday 29 June 2012

MINGGU DEMAM EXAM

Assalammualaikum Salam Sejahtera

akibat kekangan waktu, lame aku tinggal dunia berblog
maaf atas keuzuran
kerja yang menimbun, writing thesis, tugas khas,
jalan2 cari makan di malaysia...
buatkan aku renggang dengan blog sementara waktu



nah....
tadi aku ditugaskan untuk mengawasi peperiksaan akhir semester
sessi march -ogos 2012 bagi pelajar2 degree
bila aku susun kertas jawapan dan soalan
aku sedikit merindui zaman degree aku dahulu

ape kata kite tgk gamba yang sempat aku snap sebelum peperiksaan berlangsung



tu die jam besar.... tak nampak xtau la


banyak nyer meja n krusi

kertas soklan dan jawaban dah tersedia...
selamat berjaya.. :)



*penat jadi peneman 25 org budak laki pergi toilet secara non stop
dah macam g toilet berganti2... lenguh kaki 



Wednesday 20 June 2012

Indahnya Masjid Negeri Shah Alam -Luaran

Assalammualaikum.

Tertarik dan terpesona dengan kecantikan Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam
Aku sempat bergambar dihadapannya
Turut dikenali sebagai Masjid Negeri Selangor @ Masjid Biru

Pernah menjadi masjid terbesar di Asia Tenggara
Dibina dengan keluasan tanah sehingga 14.6 hektar
Dibina pada 1 Okt 1983 dan dirasmikan pada 3 Mac 1988 oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
boleh memuatkan sehingga 24000 jemaah pada satu2 masa
Dibina bercirikan seni bina Islam Asia, Barat,India dan Melayu Asli
Ia melibatkan kos sebanyak 18 juta dan dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun
Begitulah keunikan Masjid Negeri Shah Alam yang menjadi mercu tanda agama Islam







 





Monday 18 June 2012

SENI KHAt dan KUFI YANG OWHSOMMMMMM...

Assalammualaikum Salam Sejahtera



Seni ukiran Islam seindah nama
Nama di ukir penuh pesona
cantik sungguh ciptaannya
seni khat gah pada nama


Bertempat di Masjid Shah Alam
Sempena Program Cinta Masjid
ramai yang mengambil peluang membuka gerai2
mangambil peluang menambah rezeki

aku tertarik dengan seni khat
cantik sangat2
ade yang menulis menggunakan tangan
ade juga khat moden bernama KUFI



jom tgk gambar2 seni tersebut




SENI KUFI
seni yang sngat unik dan moden













SENI KHAT TANGAN... 
org ramai beratur menempah nama ditulis khat










cantik kan...
sungguh berseni skali

untuk mengetahui lebih lanjut korang boleh latgk sini


Sunday 17 June 2012

BERSAMA JEJAKA PALING HENSEM

Assalammualaikum...

Berkenaan cinta Cinta Masjid
Semalam aku jalan2 ngan member2 (ahad)
sampai la singgah di Masjid Negeri Shah Alam

kat sane ade program yang bersifat Islamik yang dianjurkan oleh
TV Al-Hijrah Astro Channel 114

ape yang menarik tetamu KHAS yang hadir adalah seorang Jejaka 
Seorang yang kini dikenali ramai anak2 muda mahu pun tua

jom kite jengah siapa lelaki tersebut yang dimaksudkan

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~






Saksikan







Kenal tak sape tu



Opcoz la

USTAZ DON DANIAL
beliau datang semalam untuk beramah mesra dengan orang ramai
dekat di hati dan mesra dengan tetamu yang hadir
namun beliau tidak dapat berada lama kerana mempunyai urusan rasmi yang lain
dengar cerita beliau berada di Masjid Shah Alam untuk menyampaikan tazkirah
30 minit bersama Ustaz Don Danial yang berlansung pada Sabtu
rancangan yang dibawakan khas dari Astro
Channel 114 Al-Hijrah

CINTA MASJID

ASSALAMMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA


 nantikan kemunculan gambar2 menarik CINTA MASJID



LOKASI : MASJID NEGERI SHAH ALAM
TETAMU UNDANGAN : Jejaka Tampan







Friday 15 June 2012

POKOK MELILIT DENGAN BERTAWAF

Assalammualaikum Salam Sejahtera

topik yang nak dibincangkan hari ni mengenai TAWAF
pernah tak kalian tengok akan pokok yang tumbuh melilit
tengok pokok sayur macam timun, labu, petola
semua pokok2 spesies ini tumbuh melilit

Namun dapatlah dilihat bahawa pokok yang melilit ini sedang BERTAWAF
mengeliling atau memintal sesuatu untuk memanjat secara BERTAWAF
Maksud BERTAWAF disini adalah melilit mengikut arah lawan jam

seperti ada nyawa dan akal bagi pokok2 ini BERTAWAF
hebatnya BERTAWAF sehingga pokok pun terikut sama
begitulah kelebihan BERTAWAF
untuk pengetahuan sahabat
BERTAWAF di Masjidil Haram adalah lebih tinggi darjatnya dari Solat Sunat dan membaca Quran disana..

pernahkah kita terfikir akan penciptaan Allah yang begitu tinggi darjatnya
adakah kita hanya melihat tanpa berfikir
adakah kita hanya mendiamkan diri tanpa mengambil pengajaran dan kebaikan dengan mensyukuri nikmat Allah
atau kita hanya berfikir ia hanyalah suatu kebetulan

Percayalah..
sesuatu penciptaan Allah itu ada nilai dan hikmahnya
beruntunglah bagi orang2 yang berfikir, mengkaji, menilai dan beriman
sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang






 antara tawaf di Masjidil Haram dan tawaf lilitan pokok



terima kasih sudi jengah membaca,,,,
jumpa lagi yer

Surah Al-Kahfi Amalan Rasulullah pada Jumaat


Assalammualaikum Salam Sejahtera

Salam bicara buat sahabat handai
bicara mengenai amalan kita pada hari JUMAAT yang dimuliakan
ramai antara kita sejak kecil lagi di ajar dan dibudayakan dengan amalan membaca Surah Yassin di hari Jumaat. Malah ia sudah sebati dalam masyarakat Islam kita sehingga mengatakan ia perkara yang wajib dilakukan setiap Jumaat

Namun demikian tahukah kalian sebenarnya Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan kita membaca Surah Al-Kahfi dari membaca SurahYassin.Namun tidaklah salah walau sedikit pun membaca Surah Yassin itu. Cuma pemikiran dan budaya kita lebih mementingkan Surah Yassin berbanding Surah Al- Kahfi.

ini dapat dikuatkan lagi dengan hadis -hadis nabi yang mengutamakan Surah Al-Kahfi pada setiap Jumaat. Surah al-Kahfi (surah gua) mempunyai kebaikan kepada umat Islam dengan melindungi sesiapa yang mengamalkannya dari fitnah Dajjal



Antara hadis Nabi berkaitan surah al-Kahfi :

Sabda Rasulullah SAW. Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya diantaranya dan Baitullah ( Riwayat Al-Baihaqi dari Abi Said al-Khudri)

Imam Ahmad berkata, dari Abi Darda', daripada Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa menghafaz sepuluh ayat pemulaan Surah al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal" (Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At- Tirmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata daripada Abi Darba', daripada Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia dripada fitnah Dajjal' (riwayat Muslim dan An-Nasai)

Daripada Muaz Ibnu Anas al-Juhari, daripada bapanya, daripada Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa membaca dari Surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahya antara langit dan bumi" (Riwayat Ahmad)

Daripada Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (riwayat Ibny Katsir)

Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang ; dan 70,000 Malaikat memohon rahmat kepada Allah SWT hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah SWT dari terkena wabak penyakit demam panas atau taun, penyakit sopak dan dijauhkan dari fitnah Dajjal." 


Ini hanyalah perkongsian ilmu dan dapatlah kita mengamalkannya. mudah2an kita memperoleh nikmat dan keberkatan dalam hidup dan menggunakan peluang yang diberikan dihadapan mata. Yang memisahkan hanyalah iman, amal dan takwa..


SEKIAN




terima kasih sudi jengah membaca,,,,
jumpa lagi yer







Thursday 14 June 2012

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Assalammualaikum Salam Sejahtera

nampak berkumandang lg blog aku arini
yezza.... meh sini sape nak dengar cite 



pada April yang lepas aku telah pun menjadi Auditee bertempat di
Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam
Pihak Audit dari INSTITUT KUALITI & PENGEMBANGAN ILMU (InQKA)
telah melakukan audit terhadap pelajar dan staff UiTM

aku telah terpilih untuk menjadi salah seorang dari insan terpilih untuk disoal siasat
ini bagi meningkatkan mutu dan kualiti pencapaian pelajar UiTM seterusnya meningkatkan produktiviti UiTM setaraf dengan universiti terkemuka yang lain

tak lain tak bukan ia bertujuan untuk mendalami permasalahan pelajar
keperluan yang diperlukan semasa proses pembelajaran
kebaikan dan kemajuan yang sedia ada
serta penambahbaikan pada masa depan

dengan aktiviti ini, pihak audit dapat menyelami dengan lebih mendalam setiap masalah yg dibincangkan terus dari hati ke hati. aku berharap masalah yang ada dapat diringankan dari masa ke semasa.. baik untuk diri, adik2, Universiti juga untuk negara pada masa depan. InsyaAllah

syabas diucapkan kepada InQKA


Ucapan Penghargaan Dan Terima Kasih dari Pihak Fakulti


terima kasih sudi jengah membaca,,,,
jumpa lagi yer

KEDAI MAKAN YANG OWHSOMMMMM!!!!!

Assalammualaikum Salam Sejahtera

Makanan... takkan lari dalam kehidupan kita
Makan untuk hidup, tapi ade juga hidupnya hanya untuk makan
pelik tapi itulah hakikatnya

Malaysia, tipu kalau kita kate tak banyak makanannya
Macam2 ade..

Semalam aku bersyukur dapat rezeki
tak lain tak bukan mesti la makan FREE
 hai benda tak sedap pun jadi sedap kalo free

tapi kalo yang sedap bertambah2 sedap la kan
huhu.. tgh berkira2 sape la nak belanja aku makan lagi pasni
mudah2an rezeki korang yang belanja aku makan bertambah2

aku dapt makan FREE pun sebab alahai seciput je tolong org
p tolong start enjin kreta org yg batery kretanya 'kong'
tu jer
xde la susah mane

Terima Kasih tak terhingga di ucapkan kepada hamba Allah yang sudi membelanja
sok lusa mane tau Allah limpahkan rezeki berganda kpd beliau
kita pun kalo dalam seharian perlu juga skali skala ade konsep menghulur
tak kira la makan minum apetah lagi bantuan keringat dan buah fikiran

mudah-mudahan rezeki yang Allah beri kat kita selama ni bertambah berkat
takde la diguna pakai sorang2
bukankah Allah berikan rezeki untuk menguji keimanan kita kepadaNYA

fikir2kan selamat beramal

sebelum tu jom santai2 jengah makanan ni
korang pasti terliur




LOKASI : SACC MALL Shah Alam
KEDAI : NOODLE STATION


Konsep yang ditunjukkan berasaskan mee
selain mee ade juga makan lain yang bole dirase








ni konsep ape erk... janji korang suke



MAKAN

 nasi goreng tomyam (hot n spicy)


  nasi goreng udang


 mee goreng special


 mee tomyam


 mee sup




 MINUMAN

 orange blanded




manggo blanded


cappucino


n opcoz air suam


sekali sekala boleh la try makanan seperti ni
tapi kalau kaya hari2 pun tak kesah
hehe..

selamat mencuba






terima kasih sudi jengah membaca,,,,
jumpa lagi yer

BERKELAH DI LOST WORLD TAMBUN

Assalammualaikum Salam Sejahtera

hai korang semua, hari ni nak cite pasal riadah skit.
berkelah bersama keluarga tercinta
best gak skali skala kita luangkan masa bersama
selain menyihatkan badan kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan

lokasi menarik adalah di PERAK
tak lain tak bukan LOST WORLD TAMBUN
ape yang menarik sangat di Lost World Tambun ni???

jom kite jengah gambar2 yang ade
di setiap gambar ade lagunyer...





 Here I'm


setiap yang masuk ade tag special dari LWT (ade cip dlm tag ni)
 untuk pengetahuan kite boleh masuk seluruh kawasan ni
main ape sahaja sukan air. tak perlu ade bayaran lebih :)


my lovely family


 sesampai je sane trus pasang khemah

  
sumbat barang2 dalam khemah
nak salin baju pun senang dlm ni


 antara pemandangan kat sane


 my lovely anak sedara... xpernah jumpe kura2 besar.. (patung je tau ni)



 jelas terpancar kegembiraan anak sedara yg paling senior ni


map LWT besar tak besar la

 
 dah setle mandi kite kluar


 yang bestnye ade HOT SPRING SPA kat sini


pemandangan dari luar





tak salah kalau sekali sekala kita keluarkan duit tuk beriadah bersama keluarga. tak salah kalau kita sama2 berhimpun untuk berkongsi rasa cerita dan tak salah kalau kita mengeratkan silaturrahim sesama keluarga


Alhamdulillah



terima kasih sudi jengah membaca,,,,
jumpa lagi yer


Wednesday 13 June 2012

Dah Penat Membeli-Belah, Melaut ke INDIA !!!!!..

Assalammualaikum Salam Sejahtera

korang masih ingat tak entry aku yang beli banyak2 barang tu
alaaa yang dalam troli tu....
hmmm mesti korang ingat2 lupa kannnnn....

kalo lupa nak tengok lagi skali entry ni
sila tekan banyak kali


haaaa dah tgk entry tu kannnn
dah bole ingat balik kannnn

so kita saksikan pic seterusnya.....


~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

 dah membeli kita pack dalam kotak elok2



pack sampai sendat yang boleh....


ni la barang2 dalam kotak tu...


then tutup kemas2... 


gam selagi mampu.. moga tak terburaiii...


balut ngan kertas minyak cantik2 
tulis alamat kat penerima
dan terus ker....

INDIA


 ape lagi.. trus antar kat POSLAJU NATIONAL COURIER

 nun kotak dah cantik atas troli dah


basically barang2 makanan ni dibungkus dengan baik untuk dibuat bekalan kepada adik sahabat aku di India.. Adik beliau Khairul Bariah sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan. maklumla duduk jauh2 dari tanah air.. pasti rindu dengan masakan negara sendiri. mana lalu nak makan makanan org luar.. begitulah kasih seorang kakak terhadap adiknya

selalunya ia mengambil masa antara 1-3 bulan penghantaran menggunakan jalan laut. Jalan laut dipilih kerana ia hanya menggunakan kos yang sedikit yakni murah berbanding jalan udara.

Mudah2an selepas mendapat bekalan ni beliau akan lebih success dlm mengharungi liku2 hidup sebagai pelajar jurusan perubatan... 
Gud Luck dik!!!


terima kasih sudi jengah membaca,,,,
jumpa lagi yer




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...