Meh Jengah Meh

Sahabat ^__*

Santai Iklan

Sunday, 20 May 2012

20 MEI Dalam Kenangan

hari yang sama, Ahad
waktu yang sama, 3.00 pagi
tarikh yang sama, 20 Mei
namun semua itu berlalu 5 tahun yang lalu..

IMBASAN WAKTU
Sabtu, 19 Mei 2007
Aku dan duniaku
Lokasi UiTM Kolej Teratai 4
Pelajar Akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Persekitaran (Kepujian)
Sedang dihentam jiwa otak dan pemikiran
Mengakhiri liku2 perjalanan sebagai pelajar akhir jurusan
Menyiapkan tugas akhir thesis
Demi Segulung Ijazah Sarjana Muda
Juga demi segulung Watikah dari Yang Dipertuan Agong
Dek lelah untuk menjadi seorang pegawai Leftenan Muda selama ini.

IMBASAN WAKTU

March 2007
aku pulang kehalaman
lantaran mengalami kecederaan
dek hentaman dari arah tepi
KEMALANGAN...
hidung menitiskan darah (patah)
bibirku bengkak
ingatan ku seperti kosong
hilang seketika
waktu itu aku habiskan bersama keluarga
untuk yang tercinta
Mak Abah Kakak Adik

Abah: Nanti Alang konvo kita tidur kat Shah Alam la yer, kite tidur hotel UiTM
Aku:   hanya melontarkan sekalung senyuman...
           aku yakin aku akan sempurnakan demi Abah, Mak dan keluarga

tiba masa untuk aku pulang ke UiTM
ku peluk cium Abah Mak keluarga
laksanakan tugas akhir
Abah macam malu2...walaupun ia rutin aku memohon restu
Mungkin ini kali terakhir siapa yang tahu.


......................................................................................................................

19 Mei 2007 (11 malam)
setelah selesai kerja2 penulisan
esok aku berhajat untuk membukukan thesis sebagai bukti aku telah
selesai melakukan tugas akhir
tiba masa untuk tidur

20 MEI ( pukul 2 pagi)

telefon berdering
dek kerana keletihan
deringan sia2 sahaja
pukul 4 pagi aku terjaga
mungkin 20 kali panggilan telefon mak dan kakak
aku serta merta terdiam
kenapa banyak sangat????
aku gagahkan diri

aku: Assalammualaikum mak.. kenapa ya call banyak kali...
Mak: Abah sakit tenat. dia terkena paru2 berair.ada di hospital pukul 2 pagi.
aku: (DIAM)- dalam fikiran aku, terserah pada Allah untuk mengambil nyawa Abah.
        Abah tak lama dalam fikiranku. Mungkin inilah saatnya.
        sebab aku punya pengalaman bagi org yang terkena paru2 berair.
aku: Mak bersabar banyak2 yer mak. ni semua dugaan Allah.
        Doakan yang terbaik untuk Abah. Apa2 nanti mak inform Alang balik

4.30 pagi
deringan telefon berbunyi dari mak

Mak: Alang, Abah telah kembali kerahmatullah
aku: inalillah.. kuatkan semangat yer mak... (aku duduk dikerusi loteng kolej)
    
inilah saat yang dijanjikan Allah. Yang hidup pasti mati.
Abah kembali kerahmatullah tepat jam 4.30 pagi. 20 Mei 2007
Ahad.

Al-fatihah buat Ayahanda tercinta ABD MALEK BIN ALANG ENDUT..
moga roh mu bersama dan ditempatkan dengan orang2 yang beriman yakni syurga.Amin
Walaupun Abah tak sempat melihat segulung ijazah aku.
Tapi aku yakin Abah berbangga dengan aku.
Terima kasih abah atas pengorbananmu sebagai
Abah, guru, rakan yang banyak memberikan sokongan pada diriku.

Doa dari anakmu xkan pernah putus.. InsyaAllah..





4 comments:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

Sedayyyy...baru laaa aku tau kisah sisi-sisi sebenar insan yg aku kenali...

Sabar ye..

*patut laaa smlm buat draf nanges2...

Asmawati said...

Gud pis utk master..setiap gelak tawa ade tangisan...al fatihah utk arwah abah k...

yaumil hidayah said...

Kita kenal tak lama lepas tu kan.. Ingat lagi waktu tu aku tumpang ko balik shah alam dari menara HLA, pastu dalam kete la ko cite sal arwah ayah ko baru meninggal.. Salam takziah.. untung arwah dapat anak soleh cam ko :D

Linda Musa said...

be strong.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...