Jumaat yang penuh barakah
Awan berarak
langit putih tidak menampak biru
cuaca agak sejuk
walau ungas tidak kelihatan
kicauan burung berdecip
pokok pula kaku tak pula ditolak angin
tangan menaip seirama yang terlintas difikiran
mengingatkan bakal zaujah
beliau sedang berjuang menghabiskan sisa pengajian
aku pula terkail-kail mencari rezeki
bebanan pemerintah yang mencengkam
tiada apa yang dapat dilakukan
hanya menelan segala asakan demi asakan
selagi boleh meloloskan kesukaran
aku tidak dapat mengagak esok hari
apakah masa depan ku
masih samar
aku disini mengukir hala tujuan
40 hari sisa yang tinggal
Ramadhan bakal tiba
saat aku rindu bulan kedamaian
bulan rahmat
bulan yang sentiasa menyentuh jiwa dengan pencipta
cukup disini bisikan hati
tengahari semakin meninggi
azan zohor bakal berkumandang
mahu hayati khutbah penuh energy..
salam jumaat..
al kahfi pelindung diri..