Meh Jengah Meh

Sahabat ^__*

Santai Iklan

Thursday 31 May 2012

KMPk Di Hatiku

TERKESIMA



MENAKJUBKAN



BERSEMANGAT


dan


RINDUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU


itu yang mampu di tuturkan bila melihat adik2 baru sahaja mendaftarkan diri
mana taknya, disini tempat aku belajar kenal erti perjuangan GILA-GILA


well done AJKO Alumni dan adik2 yang baru mendaftar


KOLEJ MATRIKULASI PERAK SENTIASA DI HATI


 barisan Alumni yang memimpin



adik2 yang baru mendaftar

baju korporat

dulu kami dapat 2 je baju... sekarang diorang dapat 3


 *pic diambil dari facebook Alumni KMPK 

Ninja Muslimah Putih Bertopeng Biru- Aksi Ganas

Semalam... 
Dalam kampus UiTM Shah Alam
aku masuk ke dalam lab 
berdekatan Pusat Islam

tiba-tiba terdengar bunyi
eyah eyah haiyaaaaaaaaaaaaaaa....
tang tang tang tung tang
fuhhhhhhhhh

aku rase janggal
aku cube mendekati arah bunyi tu
aku intai kat tepi dinding lab
dan 
dengan tiba2 aku kelihatan seorang ninja
lengkap berbaju putih dan bertopeng

saksikan beberapa keping gamba yang berjaya aku tangkap







tanah akan di penyekkan


tengok bertapa gigih aksi penyekan tanah



aksi ganas NINJA HUDA bersama sample
beliau cuba membaling piring tanah ala2 aksi ninja
namun x menjadi
tengok saja mata ninja sepet
mane nak baling... xnampak sasaran..

(MATI LA KENE KETUK AKU NANTI)


sample yang siap


hahahaha

sebenarnye ninja ni kawan aku
die tengah menjalankan kajian
apey ang sedang die buat adalah untuk membuat pallet
sample beliau berasal dari tanah yang diambil di TAMAN NEGARA PAHANG
tengoklah bertapa gigihnya beliau
hanya demi segulung MASTER
tujuan tanah dipenyekkan untuk menjadi pallet adalah untuk
mengetahui kandungan unsur dalam tanah
Tugas beliau ialah melihat kandungan dan aktivit radioaktif  tanah di
TAMAN NEGARA PAHANG
mesti best tajuk thesis beliau

Sumpah x tipu buat benda ni sakit segala badan
need rest sehari after buat pallet ni 
sakit segala sendi dan urat














Wednesday 30 May 2012

ART OF DECEPTION- Amerika, Freemason, Zionis





sebuah buku karangan Jerry D.Gray
buku yang harus dibaca 
tentang 

PENIPUAN TERHEBAT DUNIA

MESIN SUPERB BAHAYA

Assalam..
Bertemu lagi kita hari ni

Semalam kita ada membincangkan mengenai isu keselamatan di lab
sape yang tak jengah pasal isu keselamatan lab boleh jengah DISINI
hari ni aku nak bawak korang kenal sejenis mesin
mesin yang aku gunakan dalam bidang kajian aku

Untuk pengetahuan korang diluar sana
aku menggunakan mesin yang menggunakan radiasi
mesin ini khas untuk mengetahui tahap kristal sesuatu bahan
pancaran radiasi perlu dipancarkan pada bahan uji kaji

so kiranya penggunaan mesin ni perlu dipandang serius
silap hari bulan ade yang MANDUL akibat radiasi
mesin yang diberi nama XRD
atau nama penuh X-ray Diffratometer (nama nak canggih)

tgk la mcm mana kecanggihan mesin ni di mata korang







  Awas RADIASI yer korang


 sample preparation



   alat canggih yang digunakan


rupa mesin ni dari luar

rupa bahagian dalam mesin



so amacam????
SUPERB

Tuesday 29 May 2012

Perkara Yang Kita Malas



 
bila masuk lab keselamatan diri perlu diutamakan 
ini bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku
umpamanya seperti kemalangan semasa mengendalikan instrument
apa yang perlu buat,  haruslah




 pakai lab coats
persekitaran perlu bersih
 


pakai kasut yang bertutup
mask perlu dipakai



sarung tangan bagi mengekalkan tangan yang munggil
dan semestinya makanan xleh bawak masuk


tapi korang buat dan ikut tak arahan..
aku selalunya tak
hahahahaha


SEKIAN


My favourite celebs are Churping too! Are you in with the fun? #ChurpChurp

My favourite celebs are Churping too! Are you in with the fun? #ChurpChurp

try jer benda ni...
first time

SAMURAI Datang Bertempur

assalammualaikum salam sejahtera

dikhabarkan seorang SAMURAI lengkap dengan baju perisai
pedang yang tajam berkilat masuk ke sebuah kota..

dengan muka bengis SAMURAI mencari mangsa
sorang demi sorang di pancung
tanpa belas kasihan
yang perempuan dan kanak2 turut menjadi mangsa

polis yang ada ketika itu tak mampu berbuat apa2
kepantasan SAMURAI ni mengatasi kelajuan peluru
polis melepaskan tembakan namun satu pun xmengena
semua pistol polis dicantas begitu saja

dalam kekalutan tu
semua orang bertempiaran lari
bukan lari meninggalkan SAMURAI tu
tapi mendekati

seperti ada tarikan magnet
sangat pelik ilmu SAMURAI yang ada
aku pun tertarik dengan graviti SAMURAI tu
sehinggalah aku terpancung sama

eh pelik.. dah terpancung bole memblog lagi
nah kalo korang nak tau
bawah ni






 





terletak di Plaza Massalam, Seksyen 9, Shah Alam
Takomiyaki dan Okonomiyaki
sejenis makanan jepun
berasaskan tepung khas bercampur sotong

agak pelik makanan mereka
tapi agak sedap
bagi penggemar sotong bole la try


hahahahahahahaha
SAMURAI tu gelak  :)

Monday 28 May 2012

AYAM TELUR BENDI





AYAM





TELUR




BENDI







nah ni rezeki yang diberi Allah tadi
alhamdulillah syukur atas nikmat yang diberi


semestinya juadah di makan bersama nasi
berkuahkan kicap kipas udang

tunggu sahur plak..

Letih menyatukan ummah...



kerana hati binasa
kerana dendam sengsara
kerana mulut berbicara
kerana kesumat ntah kemana
kerana ego bergayut sama
ntah kan sampai bila
dosa bertambah pahala diderma
yang tinggal barah pembawa
tiada penyelesaian kiamat jua
kunci mulut ada baiknya
diam mulut buruk akhirnya
dalam dilema dalam bahaya
sedarlah buanglah segera
semua itu sia2 belaka
dendam tak bermakna apa-apa
titis air mata..

-hafiz malek 2.51am
28 mei 2012

Sunday 27 May 2012

Mane Mungkin Gajah Duduk

eh korang...
meh rapat2 skit.. 
nak cakap kuat2 xde suara
meh sini nak cerita...
haaa yang belakang tu meh mai ke depan
duk depan ni baru clear
kang x dengar kang jangan suh ulang balikkkk
haaa yang gadis comey tu amboi senyum meleret
opsss dah dimilik orang...melepasssssssssssss...
(amboi gatai naaa)

ehem2....grrrrrrr
dahaga la plak
milo ais power satu....
ngidam plak time2 nak cerita ni

eh nak cerita ape erk tadi
owh pasal GAJAH
actually korang ni pernah tgk GAJAH ker x?
ker kenal macam2 tu je tgk kat tv

sape pernah tengok GAJAH kat zoo
angkat ketiak.... eh silap angkat tangan...
fuhhhh oksigennnn....
nak pengsan woooo...

yes aku perna tgk GAJAH kat zoo
tapi tgk tajuk entry ni
mungkin ker GAJAH boleh duduk
cube korang bayangkan GAJAH duduk macam manusia
hei mane mungkin
tapi mungkin jugak GAJAH sarkas

tapi ni la buktinyer
GAJAH memang boleh duduk
cantekkkkkkkkk punye duduk


































 kain pelekat GAJAH DUDUK



hahaha...
sebenarnya nak bagi tau baru dapat kain pelekat
ni semua gara2 berjumpa sepupu yang baru balik dari JAKARTA
beliau baru selesai menghadiri konferensi disana
alhamdulillah dapat rezeki kain pelekat
thanks x terhingga


beliau berbaju merah (fathen suriati) bersama keluarga (mak n pak sedara) juga kawannya
di Indonesia



rupernye die pun ade blog
kalo minat klik BLOG beliau





Tempat Yang Jatuh Lagi Dikenang

begitulah yang dinamakan kenangan
orang kata tempat yang jatuh kan lagi dikenang
Kolej Matrikulasi Perak
tempat pertama aku diami berpisah dengan keluarga
tempat pertama untuk aku hidup berdikari

rasa terpanggil nak buat entry ni
aku melangkah ke dunia matrikulasi pada tahun 2003
alhamdulillah dapat melanjutkan dalam bidang Hayat
Hayat maksudnya perlu mengambil subjek BIOLOGI
manakala KIMIA dan MATEMATIK subjek wajib

aku pernah menjadi fasilitator pada 2004
ramai adik2 yang aku guide semasa minggu orientasi
tapi sekarang xtau diorang ntah kemana
jika duduk sebelah bertentang mata pasti aku xkenal
diorang kenal aku mungkin aku x pasti

sudah 8 tahun aku x menjejakkan kaki ke sana
walaupun terletak di Gopeng
apa sangat jauhnya dari kampungku Parit
rindunya zaman itu

lebih manis adanya kawan2 yang kuat tali persaudaraan
walau berbeza kuliah, berbeza aliran sains hayat dan fiziknya
berbeza dengan aliran akaunnya
tapi kami umpama sebuah keluarga
sangat rapat, mesra makan minum belajar bersama

barisan pendidik yang kami panggil CIKGU
semua yang disana sgt2 membantu aku dan rakan2
bila tibanya masa insyaAllah aku pasti akan kesana
rasa ternanti2 bilakah reunion besar2an untuk aku menjejak kaki

jumpa sahabat handai entah beranak pinak
berjanggut bermisai berbeza rupa
yang lelaki pasti perut dah kedepan
lumrah lelaki selepas kahwin..

yang perempuan makin cantik
yang berkahwin membawa anak2
ahhh pasti comel anak2 mereka
mungkin sudah beranak 2 atau 3

jika ada nanti insyaAllah dengan izinNya
aku ingin kesana bertemu
batch ke 2
batch yang pastinya sangat owesommmmmmm
jumpa lagi KOLEJ MATRIKULASI PERAK




Pintu Masuk


  Masjid terapung, tempat talian persahabatan



Bilik Tutor, Perpustakaan  dan dataran


Kolej Lelaki dengan tangki air






wah dapat iklan baru dari nufnang...
bole la korang Klik 
pic bawah ni tuk nak tau lebih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...